Reka bentuk Coca-Cola

Versi pertama botol yang termasyhur ini dikeluarkan pada tahun 1916.

Sebahagian besar Logotip Coco-Cola yang termasyhur telah dikatakan dicipta oleh Frank Mason Robinson, rakan kongsi John Pemberton, pada tahun 1885. Adalah Robinson yang memberikan nama kepada minuman ini, dan beliau juga memilih askara kursif yang tersendiri untuk logo itu. Muka taip yang digunakan merupakan askara Spencer telah diperkembangkan pada pertengahan abad ke-19 dan digunakan untuk tulisan tangan yang rasmi di Amerika Syarikat pada waktu itu.

Botol Coca-Cola yang serupa termasyhur, dan digelarkan "botol kontur" dalam syarikat, telah dicipta oleh Earl R. Dean. Menurut legenda, selepas menerima pesanan untuk botol yang benar-benar tersendiri daripada pembotol Benjamin F. Thomas, Dean memutuskan untuk menentukan adakah bentuk kedua-dua bahan di belakang nama produk (iaitu, koka dan kekeras kola) dapat bertindak sebagai ilham. Beliau mencari dalam Ensiklopedia Britannica dan dengan cepatnya terpaksa menyingkirkan gagasan itu. Bagaimanapun, beliau masih menyelak-nyelak halaman sewaktu ternampak sebuah gambar lenggai koko, dengan bentuk kembung serta alur tersendiri.

Pada November 1915, Syarikat Root Glass mempatenkan reka bentuk botol itu, dan memulakan pengeluaran pada tahun 1916. Telah dikatakan bahawa pemilik Syarikat Root Glass menjadi salah seorang yang terkaya di Indiana oleh sebab botol ini, sedangkan Dean tidak mendapat apa-apa selain daripada gaji biasanya.